Saturday, October 12, 2013

weekend

Weekend orng malaysia mmg untuk hadir perkawenan and kenduri orng. cuti skolah pon mcm tu.

saya selalu t'pk knplah orng malaysia xleh buat majlis perkawenan mcm orng barat, jemput dlm 50-200 orng je, buat kt tempat yg kecik so ada budget nk makanan sedap2 n variety, tempat eksklusif n bagai. jemput orng yg mmg ada niat baik je terhadap kita supaya majlis tu rsa seperti lbih direstui tanpa ada negative energy.

and lagi 1 nk buat kenduri selamat ke arwah ke. saya xtaulah mmg ikut kene panggil sedara ke apa. berbanding jemput sedara mara n bgi makan kepada yg mampu, better buat doa selamat or pape kenduri kt tempat mcm umah anak yatim or tempat tahfiz or madrasah or mna2.

at least, mereka yg penat bekerja hari minggu adalah gak masa nk berehat kt umah time weekends, jalan2 n melancong time cuti sekolah.

sekian terima kasih

-_-"

Monday, October 7, 2013

pocket money

kebanyakan staff kt office sy pgi company tour ke pulau redang hari ni, tinggal beberapa kerat je kt office ni. mmg xd keje. goyang kaki dan main internet bagai.

bila last korng minta pocket money kt parents korng? or bila last minta parents bayarkan things korng? minta duit utk tu n minta duit utk ni.

dalam hal ni sy mmg sgt bangga dgn diri saya sbb last sy minta duit kt parents sy masa sy berumur 18
yup, a year after SPM. saya diterima masuk ke matriks dimana kerajaan akn bayar elaun. tapi elaun pertama lmbt masuk dan sy kene beli buku, duit yg saya minta kat ayah sy tu sebanyak RM200. Alhamdulillah, lps tu, pada umur tu sy blajar berjimat. saya siap kumpul duit utk bayar yuran klu saya masuk Universiti nanti. dan bayar duit buku. saya xnk minta kt parents saya.

habisnya matriks, masuk Universiti, semua tak seperti dijangka, yuran 1 sem pon dh beribu2, lbh dari total elaun yg saya dapat masa zaman saya matrix. sekali lagi, dgn rasa malunya saya minta duit kt parents saya. Alhamdulillah jugak, lps tu sy dapat biasiswa JPA, cukup untuk sy menyara hidup saya, dan kumpul duit lagi.

saya mungkin bkn dari keluarga susah. dan saya mmg x perlu utk buat sume ni. saya x perlu malu pon nk minta duit kt parents sy. mereka sentiasa bersedia utk provide pape yg sy minta. siap slalu tny klu nk pocket money tapi saya selalu tolak. kadang2 mereka paksa suruh ambik kerana mereka fikir itu tanggungjawab mereka, utk provide kepada anak.

itu parents kita, mereka sentiasa nk buat yg terbaik utk kita. tapi kita? where is your dignity? just sebab mereka selalu menghulur x semestinya kita boleh slalu menadah. bagi saya itu salah satu contoh manusia yg xd dignity. saya belajar ini semua dari salah sorng abng saudara saya, yg pergi belajar di luar negara atas perbelanjaan ibu bapa. dia simpan segala rekod perbelanjaan dia. dia kata dia malu sebab belajar guna duit parents dia dan lps dia balik Malaysia, dia akn bekerja dan bayar balik duit tu kat ayah dia. i was so proud of him dan mmg sy sgt respect laki mcm tu. rare kot! zaman skrng ni brape ramailah yg keje cikai, tapi bawa keta mahal, nfon mahal, beli gadget merepek mahal2, semua duit parents.

kalau korng perasan, korng dh boleh nnmpk mostly orng kaya skrng ada waris yg xleh survive in future sbb mmg keje spend harta ayah masing2. x care nk blaja, x care nk kerja secara serius sbb xd keperluan dan dh ada duit yg byk. berapa kerat je laki zaman skrng yg tolong business ayah mereka dgn serius? mmg in future, zaman saya dh ada anak nanti, semua akn terbalik. yg naik bmw skrng akn naik proton. yg naik moto skrng bakal naik ferrari.

Saya sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki saya. cukup rezeki utk saya hulurkan kepada parents dan adik saya. Duit yg parents sy kumpul utk saya or adik beradik saya, biarlah mereka saje yg gunakan zaman tua nanti. sudah terlalu banyak pengorbanan. mungkin masih belum terlambat untuk mereka hidup cara mereka selalu impikan.

Monday, September 30, 2013

The Breakfast Crisis

memandangkan sy belum settle down kt umah baru, saya blm beli biskut or sliced bread utk breakfast, mcm zaman2 hostel dlu. mula2 saya just minum milo or kopiko sbelum pgi keje but then sy akn lapar sebelum lunch hour. so bila lunch sy akn mkn byk n then rasa lapar tu akn dibawa sampai ke malam dimana sy akn ambik heavy dinner. *that explains my size may be

so sy decide nk bli breakfast sblm pgi keje. saya terbaca kisah heliza yg slalu bli nasi lemak sbelum pgi keje kt sorng ni n dia blikan skali utk budak kecik yg singgah kedai tu. klu nk bc kisah sepenuhnya sila pegi ke facebook page dia n baca status dia lbh kurang time harga minyak naik 20 sen. n then ntah knp pagi tu time nk g bli breakfast sy beli nasi lemak kt gerai yg sy singgah tu. ntahla sebab sy dh lama x makan nasi lemak ke apa, saya rasa nasi lemak dia sgtlah sedap. n sedar2 3 minggu berturut2 sy bli nasi lemak kt dia stiap pagi sbelum pgi keje. mcm tertagih dh. so nk selamat sy singgah kedai yg kt area office plak. kedai tu plak, sarapan pagi dia confirm ada nasi lemak n roti canai, n then nasi GORENG, mee GORENG, kuey tiow GORENG dan bihun GORENG. tgk part kuih muih plak, of course la, kuih yg manis dan hampir kesemuanya BERGORENG.

so nmpk x crisi dia kt sini skrng? malaysia xd breakfast yg menyihatkan. mana x rakyat jelata dia semuanya comel2 belaka. saya nak cari restoren mamak kt area sy ni mmg susah. at least, restoren mamak ada thosai or idli. tu makanan india dan makanan yg menyihatkan. xd minyak, cholesterol dan calory yg tinggi. saya xtau kalau ada makanan melayu yg x berminyak n x manis yg sesuai dimakan pada waktu pagi, sbb sy blm prnh jumpa.

so, at last, sy jumpa jalan penyelesaian dan saya rsa sangat bodoh sbb tu adalah salah satu perkara yg i hv been doing that for almost 3 years dan sy tak terfikir langsung pasal tu selama sbulan stgh ni n sibuk duk pk mcm mna mna cari healthy breakfast.

saya singgah kedai n bli roti sbelum pgi keje.

Friday, September 13, 2013

5 things to ask yourself about your work

1. Am I getting enough challenges? 
Not yet but i know i will. stakat ni sy suka cara orang office gunakan kebolehan sy menggunakan excel untuk betulkan and standardizekan semua borang2 mereka. lps ni plak sy bakal belajar skill baru. YEAY!!! dah mula menjinakkan diri dgn supplier. i know everything is going to be just fine.
2. Do I have a healthy work/life balance? 
Of course i do. Saya tau in future semua masa saya akn ditumpukan terhadap kekeluargaan. so i want to spend my this phase of life with friends. maybe keje pagi sampai petang. malam kan ada. Sejak sy duduk sendiri sy mmg ada terlalu banyak masa because i spend time on me and on what i want. not on what i have to do. sy tak taulah mcm mna orng yg ada boyfriend or girlfriend habiskan masa dengan pasangan diorng je after work. keje pas2 berkepit pas2 keje n then berkepit. Thank god saya xd boyfriend. saya xd keje berat sangat sampai kene stay sampai malam or keje yg serabut sampai balik rumah pon terpikir pasal keje tu. weekends kadang2 dgn family but mostly with friends. To me, it's balanced.
3. Does my job give me a sense of personal fulfillment, of achievement? 
After that terrible and horrible job, now i feel appreciated. buat keje sbb suka. mmg slalu buat salah, suruh betulkan and stuff tapi sy boleh rasa keje2 saya dihargai.
4. Do I have a sense of community?
First time i have friends at workplace. masa practical kawan jadi co-worker. masa first job mmg sy lonely ranger la. tapi keje ni, first time dpt officemate yg jadi kawan. best gak sebenarnya. Pasak environment xyah ceritalah, best! Ddk sini xd rasa takut or x selesa walaupon sebilik dgn boss or manager. selamba je facebook dpn mereka. mereka pon tau sy tgh xd keje. kadang2 manager tanya "siti, what r u doing" saya jawab "nothing" and manager reply "okey". hahaha unik!
5. Do I feel appreciated? 
After being treated as a fool, of course i feel much more appreciated here.


I'm not planning to stay here like forever. this is just a pit stop for me to learn and experience more. i'll be moving on when i have to. but until then, this place will be my favourite workplace.

Thursday, September 12, 2013

My Beautiful Office

walaupon office saya sgt kecik and pekerjanya sgt sikit, tapi office sy sangat cantik.

sy keje kat showroom, syarikat yg buat kitchen and wardrobe. office sy mmg penuh dgn berbagai2 model kitchen and wardrobe masih in the making.

saya tak tau sebenarnya boleh x sy upload gamba2 office sy sbb ni mcm design owner sendiri and ada copyright. saya dh pernah bermasalah skali sbb uploag gamba muka n event office lama sy so sy xnk cari pasal lagi. so sy decide just nk upload benda2 yg sy suka kt office ni je.

Masuk je showroom this will be the second kitchen people see. and this is my fav kitchen. walaupon sy teringin nk terangkan pasal kitchen ni guna bahasa orng perabot nk tunjukkan sy dh pandai, tapi sy risau orang x faham plak.
meja makan kt dpn tu hanya sekadar hiasa. table for 4 in black and lampu berwarna keemasan di atas. counter belakang meja tu, surface ats dia btu warna hitam gak, batu jenis sejuk n kegemaran bakers sbb batu tu slalu sejuk sampai butter x cepat cair n adunan pon stay sejuk. ats kaunter tu gak ada dapur memasak. dapur jenis industion tu. tappi sy xtau dapur jenis ni guna gas ke tak. tak koooot. bawah kaunter keliling tu ada byk drawers and carcase utk letak banyak barang. sgt spacious sampai boleh sumbat periuk nasi besar yg boleh masak utk sekampung tu. framing dia gold.
belakang tu plak tempat ada sinki and boleh letak barang2 masak yg lain. cabinet hitam n framing gold gak. klu korng perasan ada cermin menggantikan dinding n itu salah satu feature yg sy plng suka. n sebenarnya carcase yg plng ats tu adalah cermin. dlm tu blh install lampu n klu buka lampu tu boleh nmpk kita simpan barang apa kt dalam.

saya ni cerita bagai tgh menjual dapur tu kt readers kan. boleh buat sales ni. ok, moving forward....

Jeng Jeng Jeng. this is our pantry people!!! hahaha. best x? boleh masak. oven kt blkng tu boleh guna yee (klu korng nmpklah). ada coffee maker, ada besen bagai, ada water filter kot nama dia, alah yg ada air sejuk, room temperature and air panas tu. pilih je nk air apa. klu buka tall cabinet paling belakang tu, itu adalah peti sejuk. cukup besar utk sumbat sy kt dalam tu.

tempat ni biasanya digunakan utk meeting ataupon discussion sama ada antara officemates or clients.

Ini adalah tangga office sy yg putih suci dan bersih. nk maintain payah tau. sbb tu kami sume pakai selipar asing dlm office. xnk kotorkan. xnk cari pasal dgn our lady boss.

ni pintu masuk ke office. office kt atas eh, bukan kt bawah. bawah fully showroom.



Ni mcm space kecik n comel dpn pintu masuk office. ada kerus malas, ada table comel for 4. kadang2 klu blaja something n trainning sambil ddk kt sini. environment dia sgt comfortable sampai sy akn rasa mengantuk dlm 5 minit klu ddk sini.

Ni wardrobe kt ats, still in the making. sy rsa satu set skali dgn bedroom gamba kt bawah ni


Tgk katil ni blh lemah smgt ni. orng yg tgh segar pon blh ngantuk.


Ni lagi satu wardrobe. sy suka sbb boleh letak banyak barang cm baju, kasut, jewellery n pape lgi yg merepek. tapi klu pemalas mcm sy yg suka sumbat sume kt hanger, mayb x sesuai kot.




ni benda fav sy kt office saya. automatic vacuum kot nama dia. just turn it on and it will clean the whole space. tapi benda ni kelakar. dia suma main celah2 meja n kerusi and then stuck. pas2 suka buat bising suruh selamatkan "please clear my path". bila dh selamatkan dia akn clean kejap pas2 pgi main kt celah kerusi lagi. pas2 buat bising balik. setiap kali sy turun bawah utk ambik air, setiap kali tulah dgr benda ni bising suruh selamatkan. klu sehari x angkat dia mmg x sah.


sy tunjuk byk lagi gamba mcm space utk children bawah tangga, which is a excellent idea, tandas dia yg cantik n romantik siap ada lilin and freshener lgi n mcm2. tapi xplah


kbai!