Wednesday, August 20, 2014

Insiden depan library...

Saya memang ada habit dengar lagu kt youtube sambil bekerja. Tapi jarang skali saya dengar lagu melayu. Ntah mcm mana hari ni sy dengar lagu melayu. And tiba2 saya teringat satu insiden zaman matrix yg membuatkan saya senyum sorng2…

Saya rasa saya dh pernah cerita benda ni. Tapi bila cari balik kt previous post mcm x jumpa. Tapi xplah, saya cerita balik, korng pon bacalah balik…

Hari tu hari jumaat. Kelas pada hari jumaat habis pkul 12. Kebetulan hari tu kami sekelas pergi library. Beberapa minit sebelum pukul 12 roommates sy msg ajak pgi café beli makanan sama2 sebelum balik bilik sama2. memandangkan library macam betul2 kt center café, tutorial room dgn lecture hall, semua setuju nk berkumpul kat depan library.

Kalau hari jumaat library mmg ramai. Saya pon xtau kenapa. Sy terlambat sikit nk keluar sbb sesak sangat and roommates sy dh tunggu saya depan library. Saya rush and serabut keluar sebab saya tak suka orng tunggu saya. Saya tgh angkut buku and pensel box menuju ke pigeon hole depan library untuk ambik beg.

Zaman matrix ada satu lagu ni famous sangat. Lagu ‘dua hati menjadi satu’. diorng panggil lagu cornetto. Saya x pernah tau kenapa orng panggil lagu tu lagu cornetto.

Back to the story. Time tengah bersesak menuju ke pigeon hole tu, pensel box saya terjatuh. pensel box saya sangat besar okey. I have a complete set of stationaries. Saya nak tunduk ambik tapi buku saya besar and berat dengan beberapa kertas lecture notes lagi. Dan kebetulan ada geng besar laki lalu. saya tunggu diorng lalu sambil betulkan buku2 and kertas saya sebelum saya tunduk untuk ambik pencil box tu.

Tiba2 ada salah sorng daripada geng laki tu tunduk and ambikkan pencil box. saya terkaku. Right on that time ada satu geng prmpn tgh nyanyi part chorus lagu cornetto. Agak kuat sampai saya and geng2 laki tu boleh dengar. Saya cari sape mereka yang nyanyi tu, kene sangat dengan situasi ala2 hindustan saya ni. Rupanya2 roommates saya dengan kawan2 lecture diorng. Nyanyi chorus sambil gelak2 and pandang saya. YA ALLAH YA TUHANKU YA RABBI. Malu sungguh malu x terkata okey…

Time laki tu hulur saya x pandang muka dia pon. Sangat malu. Just senyum and ambik. X cakap thanks pon. Dia terus berlalu pergi. Saya xtau pon sape laki tu. Saya try tny budak2 nakal yg nyanyi chorus tu tapi diorng pon x perasan muka dia sbb laki tu membelakangi diorng and hadap saya.



Library KMPK. (gambar google image)

1 comment:

  1. How to get to Pune's Jumba casino in Pune
    You can take a walk 상주 출장마사지 here in Pune's Jumba, 포천 출장샵 Pune's 구미 출장샵 Jumba Casino. you can get to the Jumba Jumba Casino, Pune's Jumba 출장안마 Casino, Jumba Casino, Jumba Casino, Jumba 창원 출장샵 Casino,

    ReplyDelete