Monday, April 21, 2014

People that i meet on my way to work

keluar je dari block saya, selalunya sy akn jumpa 3 orng yg berbeza.

maid indon. kadang2 dia lap keta bos dia kat parking lot sambil bersembang dgn bos dia yg tgh kemas kat dalam keta. kadang2 nampak dia jalan kehulu kehilir sorang2. kadang2 nampak dia sembang dengan orang lalu lalang or dengan guard. tapi x pernah tegur sy pon.

Abang kutip sampah. dalam 5-6 orang tu, ada sorng laki ni muka dia ala2 chinese/indon/filipina. x kisahlah dia tgh load sampah dalam lori, or baru sampai n still bergayut ats lori, or tgh bersiap pegi ke destinasi seterusnya, setiap kali saya lalu dia mesti akn tegur. sy pernah dengar dia kata 'hai' n ayat yang ada perkataan 'kerja'. mostly sy x dengar dia cakap apa sebab bunyi lori tu kuat sangat. tapi dia akan tegur. saya just jalan tunduk kepala x pandang kiri x pandang kanan. skrng ni mcm2 kes. better jual mahal

chinese couple. couple ni akan jalan berpegang tangan ke keta diorang kat parking lot. parking lot diorng mcm jauh sikit dari rumah diorng. diorng jalan sambil berpegang tangan dan bersembang. kalau diorng x sembang pon, sambil jalan tu dia akn saling berpandangan and then senyum to each other. that is really sweet. tak pernah sekali pon saya nampak diorng jalan x berpegang tangan or dengan muka masam. mesti muka senyum. the way they look at each other is full of love. saya tak taulah diorng tu newly married ke or apa. just harap diorng akn buat mcm tu selama2nya sebab tanpa diorng sedar, they somehow make others to feel better. they make others to feel the presence of love on the air. 

Kat bus stop

2 orang. saya xtaulah diorng ni roommate ke, housemate ke, kawan ke, officemate ke or adik beradik ke or apa. sorng ni pendek je, selalu berkemeja and seluar slack, sekali pandang nmpk mcm laki jambu ala2 korea tapi sebenarnya prmpn. sorng lagi tinggi kurus, kadang2 pakai skirt labuh n kadang2 sampai lutut, dua2 tak bertudung. saya xtau diorang jalan dari mana ke mana. saya pernah nampak diorng jalan cross entrance umah saya which means umah diorng lagi jauh kedalam. and paling jauh saya prnh nmpk diorng depan nexus, complex baru depan bangsar south. saya rasa diorng berjalan kaki setiap pagi dari area umah saya ke lrt universiti. jauh tu!!!! tapi diorng selalu bersembang. saya rasa diorng mesti x terasa kejauhan perjalanan diorng tu. mereka selalu buat saya rindu berjalan jauh berteman. i used to have a friend who will walk with me, by my side, for as long as we can walk. semoga saya akn jumpa seorng yg kedekut yg x sanggup bayar RM1 untuk bas rapid and ajak saya teman dia jalan sampai ke stesen LRT.

mother n baby. mereka akn jalan cross saya masa saya menunggu bas. saya x pernah tau diorng berjalan ke mana but saya just anggap mak dia, berbangsa indon, membawa baby tu ke tempat kerja. first sy nampak diorng, baby tu sangatlah kecik. mungkin baru 3-4 bulan, selalu tido. skrng dh besar, sangat comel and senyum kat sape2 je yg dia nampak. such a bundle of joy.

chinese n foreigner. diorng ni nmpk macam suami isteri. mereka muncul berdua sambil berpegang tangan. prmpn ni pregnant, berpakaian office and laki ni botak, berpakaian t-shirt n seluar pendek paras lutut. laki tu ada tatu kt kaki dia. bila bas sampai, mereka akn berkiss di public and perempuan ni pegi office n laki ni berjalan balik. i always wonder sama ada laki tu keje shift malam n anta wife sampai ke bus stop pas2 balik umah n tido or dia stay home husband.

sebenarnya ramai lagi yg sy nmpk masa sy tgh tunggu bas seperti geng student foreigner UM, body builder yg pendek tapi badan mcm hulk, and prmpn slow motion. tapi sy x tergerak nk cite psl diorng.

and saya malas nk bercerita pasal selebihnya yg sy jumpa dalam bas, kt stesen LRT and otw jalan ke office. so, till next idea to type,

bye bye

No comments:

Post a Comment