dah lama sgt sy x update blog ni. ada conflict internet access. bos dri company lama tiba2 kata internet access utk sy adalah unnecessary. pas2 dia pgi reject application sy.
so, dlm post ni, sy nk bandingkan office lma saya dgn office baru saya.
colleague/rakan sekerja.
kat office lama, dlm department saya, colleague sy sumenya chinese. kami kongsi floor dgn admin department. mereka hanya bersembang antara diorng, meeting antara diorng, bergadoh n selesaikan masalah antara diorng. saya mmg lnsng x tahu n lnsng xkan ambik kisah papepon yg berlaku.
kat office baru, setahu saya, supervisor saya melayu and bos sy chinese. saya tak tau klu ada lgi sape2 yg sama department dgn saya. ramai lagi kat floor saya tpi sy xtau mereka department mana. yang pasti, kami semua under marketing. and mereka sume ckp english. at least, walaupon sy tau apa yg diorng sembang xd kaitan dgn sy, tapi saya rasa mcm diorng respect. and mereka friendly. and klu ada meeting, i'm invited.
floor mate
kat office lama, dpn saya ada sorng uncle indian, dgn dia jelah sy bersembang. kat department dia ada sorng lgi abng indian, akak indian and pakcik melayu. mereka jarang2 tegur sy. kesemua india kt sana panggil saya dengan panggilan 'ponne', bermaksud anak gadis. sy suka diorng panggil mcm tu. selain tu adalah beberapa pemuda skynet yg sy x senyum pon and mereka pon x prnh tegur sy.
kat office baru, yg sy tau sume chinese and sy x kenal sorng pon. tapi kami akn saling bersenyum and bersembag. klu x gi lunch mereka akn tanya knp and klu masa nk balik tu hujan, mereka akn tny mcm mna sy balik, basah ke x, dan perkara yg sama waktu dgnnya.
gentleman
dalam pengalaman sy berkerja di 3 office yg berbeza, ni first time sy jumpa gentleman, iaitu di office baru. hampir kesemua laki disana gentleman. perkara pertama yg sy surprised, ada sorng laki ni tgh angkut laptop berat dia tu, kebetulan masuk office sebelum sy. dia tahan pintu tu sampai sy masuk. mula2 sy xtau dia tgh tahan pintu utk sy, punyalah sy lenggang lengguk, tpi dia still senyum kt sy. and the second thing, masa sy tgh load paper kt printing machine. ada sorng laki ni nmpk sy nk load kertas, dia terus dtng ambik bungkusan kertas dari sy, load paper dlm machine and terus pgi sambung keje. sy tergamam sampai x ckp thanks pon. kat office lama, kdng2 sy angkut berkotak, tolak kotak berat2, sume sy buat sorng2. semua akn pandang je. kat sini plak, load paper dlm printing machine pon ada laki tolong. speechless.
cafe
kat office lama, ada lower ground and kat situ ada food court. mmg ada pelbagai jenis makanan. tapi ramai yg x suka makan kat sana. mereka akn makan kt tempat lain sekitar masjid jamek and caps square.
kat office baru kt belakang office ada satu lorong ni. kat situ pon ada pelbagai jenis makanan. tapi yang specialnya, setiap hari jumaat ada pasar. nasi tomato, rojak and yng tau fu dia mmg terbaik. stiap hari ada satu akak ni jual tau fu fah campur soya. klu boleh stiap hari sy bli benda tu.
perjalanan
masa kat office lama, sy gerak pukul 7:30 n naik lrt. kene msk keje dlm pukul 8:30
skrng, gerak pukul 8, naik lrt turun kt stesen yg sama pas2 naik monorail. masuk keje pukul 9. kdng2 lrt tu lmbt sgt sampai ke office pukul 9 lbh. masuk office mcm bos je. xd sapepon yg kisah. xd sapepon yg tegur.
task
masa kat office lama, dri pagi sampai ke ptng sy xd keje. bila dekat2 masa nk blk bru sume sibuk nk bgi keje. time tu mmg rsa tension. lbh2 lgi klu diorng suruh buat pembetuan kat report yg sy dh anta beberapa hari lps.
kt office baru, kdng2 xd keje spanjang hari. kdng2 keje cukup2 dri pagi sampai ke ptng. stakat ni mmg sgt jarang buat OT.