Tuesday, June 20, 2017

Baju paras hips

Kalau pakai baju kurung, baju kebaya dan baju yg sama waktu dengannya, saya jenis yg pakai baju paras lutut atau atas sikit dari lutut. Kalau pakai pendek dari tu confirm akan kene tegur dgn atta(ayah) saya. Malu kot kalau atta tegur. Terasa mcm diri ni dh x sopan, not like how they raise me anymore. Lagi malu kalau abang yg tegur. Haish....

Tahun ni x sempat beli kain and bagi jahit. Tukang jahit pon dah xnak ambik tempahan dah. Terpaksalah cari readymade. Tahun ni ntah mcm mana boleh terpk nk pegi mood republic. Sy bukan peminat mood republic sbb culture diorng yg suka baling2 duit and mereka yg datang pon berebut tangkap and kutip duit tu. Pathetic...

To me, mood republic, waste of time... x sesuai utk orng macam saya. Lebih sesuai utk mereka yg kurus and x kisah pakai baju paras hips. Mmg fashion tahun ni baju sume pendek2 kot. Yang x tahan nya ada satu booth ni jual baju melayu utk kucing. KUCING!!! Haih..

Singgah booth cookies most wanted by mad about cake and beli cookies diorng.

Kepada yang nk diet saya nasihatkan jangan beli chocolate chip cookies ni sebab kalau dh makan sekali mmg xleh stop makan. Sssssssedapppp!!!
Pas2 beli biskut sugi. Tu pon sedap. Yg lagi satu raisin oat kot nama dia. Tu belum buka lagi. Tapi abang yg jaga booth tu kata best seller so beli jelah.

So pgi jauh2, tempuhi jalan berjam, bayar parking mahal pgi mood republic at last beli cookies je pas2 balik. Haih sakit hati betul. Last2 baju yg dicari dijual di kedai hadapan giant, iaitu 10 minit dari umah saya.

Wednesday, June 14, 2017

Kuih keria

Salam,

Waah dah 2 tahun x update blog ye....

Sy bukan peminat kuih keria. In fact sy x suka keria sebab keria yg sy pernah beli semuanya keras and ada benda mcm chunky kt dalam.

Few days ago kitorng pergi johor. On the way balik singgah melaka jap. Ntah kenapa sy suka melaka sejak sy kecil lagi. My fav negeri. Dah beberapa kali pegi sana x pernah merasa kuih keria. Asyik2 singgah kat coconut shake klebang je. This time disebabkan puasa, x syok la beli coconut shake pas2 minum lps cair kan. So kitorng beli keria.

Saya pernah search pasal kuih keria melaka and selalunya orng mention psl 2 kedai ni, kuih keria haji jalil limbungan dan kuih keria antarabangsa hajah rahmah. Saya waze ke kuih keria antarabangsa but end up kat jalan mati.


Arrow merah tu jln mati yg waze bawak. Rupa2nya kedua2 kedai tu dekat je. Walking distance. Kitorng park tepi jalan antara kedua2 kedai tu and beli keria dari kedua2 kedai. Nak merasa sendiri and bandingkan sendiri rasa dia. Time park kreta mcm xd kereta and xd orng kt area tu.

First pegi kedai kuih keria haji. Igtkan ramai but surprisingly xd orng. 5 biji RM3. Skejap je kitorng beli and berjalan pegi kedai kuih keria hajah. Kat sana kene beratur. Skejap je line kt blkng jadi panjang sampai ke belakang kedai. Beberapa minit jugak nk beli. Lps beli berjalan balik pegi ke kreta. Skejap je dh jem. Kat kedai haji plak orng beratur sampai ke jalan raya. 



4 kuih yg nmpk kasar kt atas tu keria hajah dan 4 kuih keria yg licin tu keria haji. Dua2 sedap and dua2 diorng dip kat gula melaka and rasa keria dia 'rich'. X macam keria kat KL ni.  Bezanya keria haji ni, isi dia xd chunky and lembut. Gula melaka yg dia dip pon licin je. Keria hajah plak dalam dia ada chunky sikit and gula melaka yg di dip tu kasar sikit.
Keria haji rasa dia mcm makan donat yg gula dia dh cair and keria hajah plak rasa dia mcm makan donat yg ditabur gula kasar.

Saya jenis x suka makan benda2 rangup so sy prefer keria haji. Mungkin orng yg suka makan benda rangup akan preder keria hajah.

Both worth the time and money...