Wednesday, July 12, 2017

Lawat newborn

1. Jangan nak jadi orng first yg melawat orng yg baru melahirkan anak. Attitude ni ada pada kebanyakkan orng. Asal dengar je ada orng dh melahirkan anak terus bersiap nk pgi lawat. Sebenarnya orng yg baru bersalin, especially anak first memerlukan masa utk rehat. They need time n space. Badan perempuan baru melalui suatu proses yg sgt besar dan drastik dan pada masa tu keadaan hormon dlm badan sume huru hara. Emosi terhuyung hayang di awang awangan. Kalau anda bukan ibubapa, adik beradik, anak or someone really special and important kepada yg baru melahirkan anak; seboleh-bolehnya jangan pegi lawat.

2. Jangan sesekali tangkap gamba baby lbh2 lgi yg send dlm group whatsapp atau send kt orng lain. Kalau nk sgt tengok gamba baby minta kt ibubapa baby tu. Bukan minta kt orng yg pgi lawat. Sangat tidak manis dan bagi saya sangat tidak patut.

3. Time pegi lawat baby, jangan nk nasihat mcm2 kt parents tu. Tanya sebab concern xp, but bukan pot pet pot pet nasihat mcm2. Orng tu x minta nasihat or tanya pandangan. Jgn tetiba nk jadi expert. Walaupon anda ada 20 anak, kalau anda pegi lawat orng yg baru lahirkan anak first, hanya bagi nasihat apabila ditanya or diminta. Zaman skrng ni bukan mcm dulu. Budak2 dh pandai cari solution melalui online.

4. Kalau anda x sihat or ada ahli keluarga x sihat sila jangan pegi lawat newborn. Virus boleh juga menumpang pada baju atau tudung. Bayangkan kt tudung anda ada virus demam selsema sbb salah sorng ahli keluarga anda x sihat pas2 anda pegi dukung newborn. YA RABB! Xd sape yg nk nangis kesedihan kalau anda x pegi lawat time anda x sihat.

5. Jangan sesuka hati angkat newborn. Baby akn sakit badan. Saya pernah jumpa spesis yg berkata "dtng jauh2 ni sayang kalau x angkat. Kalau nanti baby nangis sakit badan ke apa ke pandai2 la awk nanti. Awk punya pasal". Dalam hati sy hanya mampu berkata sila pegi hantuk kepala anda di dinding. Anda menyusahkan manusia. Sebenarnya walau berlapik mcm mana pon, up to a point baby akn sakit badan.

6. Bagi saya waktu yg plng sesuai utk lawat newborn adalah ptng. Pagi2 selalunya orng busy bersihkan diri sapu tu sapu ni pas2 urut lagi n mcm2 lagi pas2 nk mandikan anak lagi nak sapu mcm2 ubat pada anak lagi. Pas2 nk sambung tido lagi sbb malam2 anak dia x tido. Busy. Jgn pgi time nk lunch or dinner sbb agak menyusahkan. Best time pegi ptng2. Agak2 nk maghrib tu dh xyah pgi lawat newborn. 

7. Time lawat newborn tu kalau baby menangis sbb lapar sila tinggalkan bilik tu supaya ibu boleh menyusu anak dengan selesa. Bukan bertenggek kat situ tgk mcm mana orng tu menyusu.

8. Time lawat baby hanya mengeluarkan kata2 yg baik. Time jumpa tu bagi salam. Kalau nk sentuh sanitize tangan dulu. Bukan dok mengutuk dan bergosip ntah sape depan newborn tu. 

9. Ada 10000001 cara untuk membesarkan baby. There is no right way or wrong way. Parents always know the best. Jangan masuk campur dalam cara seseorng ibu membesarkan anak dia. Contoh saya memilih utk tidak biasakan anak dalam buaian. Guess what. Lots of ppl try to brainwash me ckp masukkan anak dalam buaian is the best and bla bla bla bla bla.... i didnt ask for your opinion.

Sebenarnya ada banyak lagi but buat masa skrng, cukupla sampai sini sahaja. Benda2 kt atas ni hanya my personal opinion and based on my own experience. 

No comments:

Post a Comment