kak sy rapat dgn 2 orng ni sjk msk sklh menengah. sorng kak sara n sorng lgi kak thana. kak sara jns yg main2 skit. kak thana jns yg matang. mereka bertiga ni rapat sgt. diorng mula lepak kt rumah sy time diorng form 3 kot. lama2, family kami bertiga pun rapat. ayah kak sara pemandu teksi, so, sblm fmly sy bli kereta, klu pgi Kl, mesti pgi dgn ayah kak sara sampai sedara mara sy sume kenal ayah kak sara. keluarga mereka berdua slalu tolong keluarga sy bila kami dilanda.... sy lbih prefer guna perkataan "musibah". bila keluarga sy dilanda musibah.
mereka bertiga slalu kata, klu diorng kawen, diorng nk suami diorng bertiga pun rapat. thn lps, kak sy nikah pada 30/10 n sanding pada 1/11. thn ni, kak thana pula kawen pada 12/11 n b'sanding hri ni 13/11.
kak thana kawen kt tempat suami dia smlm n bersanding kt sabak bernam hri ni. sepatutnya, pengantin prmpn trn kt umah ibubapa dia sendiri. tpi umah kak thana kecik n adik beradik dia ramai. kak thana call umah sy pgi tdi bgtau mak sy dia nk dtng umah. mak sy pun gembira sgt. tiba2 umah sy jdi mcm kak sy sendiri yg kawen. kak thana x pgi umah dia, dia trs trn kt umah sy utk bersiap pgi sanding. benda pertama yg dia ckp lps dia trn, ni umah ibu sy. :)))) emotional...
ok, orng yg x tau sgt psl hal2 karut-marut tradisi india, mgkn x fhm benda yg sy tgh cite ni. xp, trskan m'bc... tgh bersiap, kak sara n fmly dia dtng berkmpng kt umah sy. apa lgi, meriah sakan. lps sume dh bersiap, kami sume pgi sama2 ke dwn. parents kak thana tgh tunggu kehadiran kami sume. rasa mcm terbalik sgt situasi tu. kami blk dulu dri dwn sblm pasangan pengantin blk.
lps pengantin sampai umah, diorng cpt2 packing sbb kene blk KL, ada kenduri kt sana esk. time kak thana tgh packing, mentua kak thana yg asalnya tgh ddk n tunggu kt keta msk umah. ayah sy pgi sambut diorng n sembang2 mcm dh lama kenal. slalunya, sblm ank prmpn dia pgi umah mentua, mak diorng akn bgi 1 dulang diisi beberapa benda yg dianggap baik. itu sebagai tanda penyerahan ank dia kepada keluarga mertua n ucpan 'semoga bahagia'. mak sy buat benda yg sama, mak sy cpt2 cri 1 dulang, isi dgn 2 kg gula, sehelai sari, 6 buah epal n bunga melur. tambah dgn hadiah oven yg dibungkus. kak thana rasa terharu sgt.
dalam islam, mmglah haram umat dia sujud selain sujud time solat. tpi orng india lain skit. lps mak sy serahkan dulang tu kt kak thana, kak thana panggil suami dia n ayah sy yg kt ruang tamu. dia srh mak sy n ayah sy berdiri bersama, dia n suami dia tunduk n sujud dpn ibubapa sy. sy rasa sgt2 terkejut. ibubapa sy lgilah, kaku trs. itu spatutnya dibuat kt ibubapa KANDUNG dia...mak sy cpt2 cari duit n bgi kt kak thana, tanda ucapan supaya dimurahkan rezeki. lps bgn dri sujud, suami kak thana kata yg kak thana slalu bgtau suami dia, dia anggap ibubapa sy sama mcm ibubapa dia. keadaan agak emotional di situ.
keluarga mentua kak thana tgk je sume benda yg tgh berlaku mcm menonton drama. sblm blk, mak sy bgtau keluarga mertua kak thana "dia pun ank kami jugak" disambng dgn beberapa benda yg slalunya ibu seorng ank bgtau kt keluarga mentua ank dia sblm dia menyerahkan ank prmpn dia kt keluarga baru dia.
lps sume benda ni, sy naik ats nk tkr baju. ddk termenung kjp. mmg parents sy lyn kak thana n kak sara mcm ank sendiri. mak sy prnh marah kak thana n kak sara, sama mcm marah ank dia. tiba2 rasa cemburu skit. sy x prnh bgi rajesh (kwn rapat sy sejak sy darjah 1) peluang untuk rapat dgn keluarga sy. fmly sy mmg knl fmly dia, tpi x serapat fmly kwn2 kak sy. sy x prnh bgi rajesh peluang untuk msk campur kehidupan sy sehingga sy form 3...
apepun, ucapan sy, kak thana semoga bahagia. awk pun akak sy juga...
Kak thana n suami dia kt umah sy... |
No comments:
Post a Comment