Saturday, August 16, 2014

Hari yang sangat cartoon

Hari ni saya ada interview. baru semalam dapat call. interview pukul 2. semalam lagi saya dh plan nk bawa sijil terus pegi kerja nanti. pas2 kluar awal time lunch, ambik bas, naik lrt n pgi tempat interview tu and cari bangunan tu pas2 singgah masjid jamek makan smthng shopping sikit pas2 balik. plan dia sgt simple dan smooth kn? tapi bukan itu yg terjdi.

Pagi2 lagi saya dh buat hal, tertinggal sijil2 saya kat rumah. by the time sy sedar perkara tu dh too late untuk berpatah balik. ingatkan nk minta budak rumah tolong bawakan. tapi bila pk balik better xyah. pgi ambik sendiri je. xyah meminta n menyusahkan sape2. inilah padah bila kita berada dalam keadaan marah. buat benda x fokus. mcm manalah boleh terlupa sijil kan... so tukar plan ambik teksi pukul 12 rush balik rumah ambik sijil tunggu bas n pegi ktm. minta tolong akak office punch out kan pukul 2(half day).

sampai je office, saya tengok borang saya mohon halfday semalam masih di atas meja manager saya. and dia belum sign. dh pening dh pk bnda tu. dia slalu masuk pukul 10. tapi sy tunggu sampai pukul 11 dia x masuk lagi. baguslah, dh pegi site agaknya, mesti masuk after lunch. bolehla nk menghilangkan diri pukul 12. at last pukul 11:40 manager tu masuk office. alamak! habisla kalau mcm ni. xleh kluar. nk pgi tahan teksi lagi. time2 mcm nilah sy teringt application myteksi


saya pernah guna dua kali and saya puas hati. so just tempah teksi pukul 12 la. first tersalah select pick-up point. terpaksa cancel booking pertama. lps berjaya buat booking yg kedua terus keluar office senyap2. kt application myteksi tu, kat screen tu dia tunjuk mcm gps boleh tgk teksi driver tu dh kt mana. boleh jugak check nom hp driver yg kita booking tu utk call and bgtau kita tunggu kt mana. so sy callah laki ni n bgtau sy tunggu kt bus stop mana. sy tgk screen phone sy n sy prasan dia salah jalan. makin lama makin jauh2. at last laki tu sendiri call n kata dia salah jalan suruh tunggu 10 minit lagi. haih mmg xla. dh lambat. so sy cancelkan booking tu lagi and mencuba nasib sekali lagi. finally dapatla uncle chinese ni. by the time uncle tu sampai dh pukul 12:30 dh. adoi buang masa stgh jam. jumaat, traffic jam xyah citelahkan. tension kot ddk dlm teksi tu. sampailah rumah beberapa minit sblm pukul 1.

lari masuk rumah cari file and then bru sy prasan xd fotostet sijil. Ya Allah ya tuhanku ya rabbi. kalut sekejap. dh cuak dah. and then teringat slip gaji kt office lupa nk fotostet. and then resume sy pon xd. apa bendala sy ni. knplah x check malam tadi? confident sgt ada extra resume and fotostet sijil sbb sy mmg slalu simpan extra. panik! panik! panik! saya dhla xtau kedai yg ada service printing kt area rumah saya. nk cancelkan interview pon x boleh sy dh mohon cuti kang sia2 kene potong gaji. nak pegi office balik mcm dh x sempat dh. kang manager pelik sy dh mohon cuti, melarikan diri senyap2 pas2 muncul balik. klu manager tanya xtaulah nk jawab apa. nk tundakan pon x boleh nanti kene ambik cuti lagi n potong gaji lagi.

lbh kurung pukul 1 lebih sy redha and call company tu dengan harapan ada sape2 yg x pergi lunch and answer call saya. sangatlah gembira bila ada orng jawab call and dapat lambatkan interview ke pukul 3. so benda pertama sy buat call kawan sy yg tinggal berdekatan nk tanya mana kedai printing. brape kali ntah call dia x answer langsung. saya whatsapp suruh dia answer call sy sbb urgent. lps beberapa kali saya call baru dia answer. boleh plak dia bagi alasan dia x save nom saya and dia ingatkan orng u-mobile yg call nk minta hutang. aish rasa mcm sekeh budak ni. buka e-mail, copy resume and scanned copy of my certificate yg kt sent item and masukkan dalam pendrive.

sempat solat zohor. nak keluar n nk pakai kasut, baru teringat saya xd kasut formal. kasut yg sy pakai pergi interview slama ni kasut show yg kt showroom office saya. kebetulan muat so saya 'pinjam' secara rahsia. hehehe. tadi lupa nk 'pinjam'. yang ada snickers and heels ntah brape inci tu je. xkan nk pakai heels yg tinggi melampau tu. dahla kene jalan jauh. lantakla. baju kurung dgn sneakers. walaupon pelik tapi better dari pakai selipar putih sy. pakai kasut terus keluar and tunggu bas. 

inilah kasut yg sy slalu 'pinjam' tu. hehehe 

alhamdulilah bas cepat sampai. pegi kt tempat kedai printing tu. kat area sana mmg sangat banyak kedai printing. tapi semuanya tutup sbb diorng pegi solat jumaat. rasa mcm nk nangis guling2 je kt tgh jalan tu. pusing sana pusing sini jalan sana jalan sini xtau nk buat apa. terserempak kedai yg jual tiket air asia. lantak kau lah sy masuk dgn muka selamba. nasib ada akak manis ni tgh ddk sorng2 je. peramah. kaunter lain semuanya kosong maybe sbb diorng pgi solat kot. dengan muka segala kesian saya tanya boleh x print resume and certificate sbb sy nk pgi interview. akak tu kata boleh tapi harga sehelai 50 sen. mahal kau! black n white je pon. xplah, emergency punya pasal. halal lah

printer tu punyalah lembap sampai sy rasa nk gigit printer tu. tau x sy tgh rush n sgt urgent. dh pukul 2 dh. dalam sejam lagi sy interview. KTM dhla 'laju'. habiskan benda print n tunggu bas and sampai ktm pon dh pukul 2:30. tgk ETA next train adalah pada pukul 2:48. speechless. whatsapp sorng2 ngadu nasib. hahaha. nilah part paling kesian sepanjang hari. Alhamdullah KTM sampai tepat pukul 2:48. x lambat walau seminit. tapi x sangka dia akn berhenti kt tengah2 landasan otw nk pgi KL Central. tunggu signal katanya... lps tu tunggu lama2 kat stesen bank negara. kalau sy ni hulk dah lama sy seret dh ktm tu. meluncur mcm ice skating je ats landasan. time kt stesen bank negara, e-mail interviewer tu kata sy lmbt sbb ktm and sy minta maaf. KTM yg lambat sy plak yg minta maaf kan. xplah. saya pon ada salah jugak. buat cartoon sape suruh.

tau x jalan nk pgi company tu mcm mana? macam ni...


macam ni okey. kt tepi highway yg ada flyover and jalan besar iaitu jalan sultan ismail. macam jungle tracking dah. nasib pakai kasut. kalau pakai heels yg ntah brape inci tu mmg nangis ddk tepi tangga jelah. nk cari management office punyalah payah. tanya pak guard tu tanya mamat ni tanya abng parking tu tanya makcik cleaner ni. at last sy sampai stgh jam lambat. isi borang n buat typing test. akak office tu tanya mana fotostet slip gaji. saya dengan segala spontan nya jawab x dapat sbb slip upon request. sya janji hntar scanned copy esok. hehehe

saya xtau kenapa banyak company suka sangat bagi borang suruh isi padahal dalam borang tu minta sume benda yg ada kt resume. menyusahkan je!

anyway dh siap isi borang and test sy terpaksa tunggu sampai pukul 5 lebih sbb orng yg nk interview sy tu x sampai2 lagi. lps smpai tu bukan nak minta maaf buat sy menunggu sejam stgh. its okey... syy mmg enjoy menunggu. ddk termenung dinding yg putih dan kotor itu. nasib x tertido.

cukupla kisah sampai pukul 6. tak larat nk sambung sampai pukul 8 malam.

kesimpulannya saya x makan langsung hari ni. lepas melalui macam2 stress, naik turun bas naik turun lrt naik turun ktm, berjalan jauh. saya pon xtau mcm mna saya masih bertahan. even sampai skrng pon saya langsung xd selera.

haih hati. tiba2 mogok berlpar ni kenapa? susah hati ke???

No comments:

Post a Comment